2010/07/22

PETALING JAYA: Polis menahan empat lelaki termasuk seorang jurulatih renang dan merampas tujuh kilogram dadah jenis ganja bernilai RM20,000 dalam empat serbuan berasingan di sekitar Kota Damansara di sini, Ahad dan Isnin lalu.

Serbuan terhadap empat kediaman di sekitar lokasi itu dibuat hasil maklumat orang awam dan risikan yang dilakukan sejak empat bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata serbuan pada jam 6 petang Ahad hingga 2 pagi Isnin di kediaman keempat-empat suspek menemui tujuh kilogram dadah jenis ganja dan 100 biji eramin 5 dengan anggaran nilai RM20,000.

“Semua suspek berusia 23 hingga 43 tahun bekerja sebagai jurulatih renang, jurujual, buruh dan mekanik.

“Ujian air kencing juga mendapati semua mereka positif dadah dan keempat-empat suspek tidak mempunyai sebarang pertalian, namun punca bekalan dadah dipercayai dari sumber sama,” katanya.

Sementara itu, Arjunaidi berkata, polis percaya dapat menyelesaikan dua kes bunuh dua lelaki yang mayat mereka dibuang ke sungai dekat Desaria dan Taman Datuk Harun di sini, pada Khamis dan Jumaat lalu, berikutan kejayaan menahan sembilan lelaki termasuk dua warga asing berusia 20 hingga 30 tahun, Ahad lalu.

Katanya, bagi kes bunuh di Desaria, polis menahan enam lelaki tempatan dan siasatan mendapati motif pembunuhan membabitkan pinjaman wang.
“Berhubung penemuan mayat mangsa kedua seorang pengurus cawangan Kafe Dome di Subang Jaya, ditemui di Sungai Klang dekat Taman Datuk Harun, polis menahan tiga lelaki termasuk dua warga asing,” katanya.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jurulatihrenangantaraempatditahankesdadah/Article/index_html

Advertisements

Kemahiran Personal/Interpersonal

Usaha memberikan kemahiran personal dan interpersonal kepada murid merupakan aktiviti yang sangat baik dan sememangnya digalakkan. Usaha ini akan membantu murid menjadi individu yang pandai mengurus diri, bertingkah laku positif, mahir berinteraksi dan berpotensi menjadi pemimpin cemerlang.

Rasional

  • Murid yang mempunyai kemahiran personal dan intterpersonal perlu dilatih melalui satu latihan yang sistematik supaya kebolehan dan ketrampilan mereka terserlah.

Objektif

  • Melahirkan murid yang berperibadi mulia
  • Meningkatkan kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan
  • Meningkatkan kemahiran lepas diri.
  • Mengatakan “TIDAK” kepada dadah
  • Meningkatkan Kemahiran membuat keputusan
  • Meningkatkan kemahiran memimpin di kalangan murid

Kumpulan Sasaran

  • Murid sekolah rendah

Pengisian

  • Kesedaran kendiri
  • Asas komunikasi
  • Asas kaunseling
  • Perkembangan remaja
  • Kemahiran lanjutan
  1. Tegas diri
  2. Membuat keputusan
  3. Mengatakan “TIDAK” pada dadah

Kaunseling Pendidikan Pencegahan Dadah

Kaunseling PPDa berperanan untuk membantu murid yang telah dikesan terlibat dengan dadah. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan Kaunseling PPDa ini secara sukarela atau dirujuk.

Rasional

  • Murid sekolah yang dikesan terlibat perlu diberikan pertolongan secara khusus melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling supaya bebas daripada dadah

Pengisian

  • Perubahan tingkah laku
  • Pengurusan diri, masa dan tekanan
  • Kemahiran interpersonal
  • Kemahiran membuat keputusan
  • Perkembangan konsep kendiri
  • Kemahiran tegas diri

Program Keibubapaan

Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengemblengkan tenaga semua pihak termasuk ibu bapa dalam usaha membanteras masalah dadah. Usaha yang bersepadu, berterusan dan penglibatan yang aktif ibu bapa akan dapat mewujudkan kesedaran yang tinggi di kalangan generasi dalam membina sikap membenci dan menjauhi dadah.

Rasional

  • Keluarga merupakan institusi masyarakat terkecil yang menjadi asas kepada kebahagiaan dan kesejahteraan negara. Peranan keluarga amat penting dalam memastikan generasi muda terlibat dengan dadah.

Objektif

  • Memberi kesedaran dan pendedahan tentang ancaman dan bahaya dadah kepada ibu bapa
  • Meningkatkan kesedaran dan memberi bimbingan kepada peserta tentang peranan ibu bapa dalam pendidikan pencegahan dadah dan juga dalam mewujudkan keluarga bahagia
  • Memberi peluang kepada ibu bapa bertukar pendapat dan idea berhubung dengan pendidikan pencegahan dadah.

Kumpulan Sasaran

  • Peserta yang terdiri daripada ibu bapa

Kaedah Pelaksanaan

  • Ceramah
  • Latihan Dalam Kumpulan
  • Seminar
  • Forum
  • Bengkel

Pengisian

  • Pameran Antidadah
  • Kemahiran Keibubapaan
  • Pengurusan Keluarga Bahagia
  • Ancaman Dadah Terhadap Keluarga
  • Peranan Ibu Bapa Dalam Mengatasi Masalah Dadah Di Sekolah

Aktiviti Seni Jauhi Dadah

Aktiviti Seni Jauhi Dadah adalah sebahagian daripada strategi Pendidikan Pencegahan Dadah yang boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid terhadap kesan buruk dan bahaya penggunaan dadah.

Rasional

  • Murid merupakan golongan remaja yang aktif yang suka aktiviti-aktiviti yang dapat memantapkan emosi dan mengembangkan bakat melalui aktiviti seni.

Objektif

  • Mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran murid di semua peringkat mengenai bahaya dadah.
  • Menggunkan aktiviti kesenian sebagai media ke arah memberi kesedaran pencegahan dadah kepada murid.
  • Mencungkil dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di kalangan murid.

Pengisian

  • Poster Antidadah
  • Deklamasi Sajak Antidadah
  • Boria Antidadah

 

Mesej Jauhi Dadah

Mesej Jauhi Dadah ini merupakan inovasi daripada Program Cuma 5 Minit Antidadah. Program ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa kepada warga sekolah. Program yang menggunakan pendekatan kokurikulum ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa.

Rasional

  • Kurikulum yang mudah dan ringkas wajar digunakan dalam penyebaran maklumat PPDa di sekolah. Satu set bahan bahan maklumat yang jelas perlu disediakan untuk memudahkan personalia menyampaikan mesej antidadah.

Objektif

  • Memberi maklumat PPDa kepada warga sekolah.
  • Memberikan kesedaran bahaya dadah kepada warga sekolah ke arah gaya hidup cemerlang.
  • Meningkatkan kemahiran menyampaikan maklumat PPDa kepada warga sekolah.

Kumpulan Sasaran

  • Warga sekolah.

Kaedah Pelaksanaan

  • Menyampaikan mesej Jauhi Dadah melalui ceramah/ pidato semasa.
  • Pengajaran dan pembelajaran.
  • Perhimpunan.
  • Aktiviti kokurikulum.

     

Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR)

PINTAR merupakan satu program teras PPDa di sekolah rendah berasaskan kurikulum dan kokurikulum. Program ini dilaksanakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Rasional

  • Melahirkan golongan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menolak gejala negatif bermula di peringkat sekolah rendah lagi.

Objektif

  • Menambah pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menolak pengaruh negatif rakan sebaya.
  • Meningkatkan penghargaan kendiri serta kemahiran interpersonal murid supaya mengata TIDAK kepada dadah.
  • Menggalakkan murid murid supaya mengikuti aktiviti kurikulum untuk menjauhi dadah.
  • Membina ketahanan diri murid supaya tidak terlibat dengan dadah.

Kumpulan Sasaran

  • Tahap Dua Sekolah Rendah.

 

Kaedah Pelaksanaan

  • Pelaksanaan di semua sekolah rendah terpilih di seluruh negara.
  • Lapan waktu pengajaran dalam setahun: 2 waktu kepada Agensi Dadah Kebangsaan. 2 waktu kepada Polis Diraja Malaysia. 4 waktu kepada guru PJPK.
  • Dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan.

Pengisian PINTAR Dalam Mata Pelajaran KBSR

24 tajuk pengajaran adalah seperti berikut:

 

Tahun 4

1. Perbezaan Dadah, Ubat dan Racun.

2. Jenis-Jenis Dadah.

3. Kesan atau Akibat Dadah Terhadap Kesihatan Seseorang.

4. Meningkatkan Penghargaan Kendiri.

5. Kemahiran Mengatakan “TIDAK“(i).

6. Kemahiran Membuat Keputusan (i).

7. Kemahiran Berkomunikasi (i).

8. Kemahiran Berkomunikasi (ii).

 

Tahun 5

1. Faktor-Faktor Penagihan Dadah

2.Meningkatkan Penghargaan Kendiri.

3. Alternatif-Alternatif Yang Sihat.

4. Pengaruh Rakan Sebaya.

5. Kemahiran Mengatakan “TIDAK” (ii).

6. Kemahiran Membuat Keputusan (i).

7. Kemahiran Membuat keputusan (ii).

8. Undang-Undang Dadah.

9. Kemahiran Pengurusan Tekanan.

 

Tahun 6

1. Kesan dan Akibat Dadah Dari Segi Sosial, Ekonomi dan Keselamatan Negara.

2. Masalah Dadah Semasa.

3. Dasar Dadah Negara dan Strategi-Strateginya.

4. Penghargaan Kendiri (iii).

5. Tingkah Laku Berisiko.

6. Peranan Agensi-Agensi/Masyarakat Dalam Pengawalan dan Pencegahan Dadah.

7. Media Massa dan Dadah.

8. Kemahiran Asertif.

 

 

Pameran Antidadah

Pameran Antidadah merupakan antara aktiviti pencegahan dadah yang berkesan dalam menyampaikan mesej bahaya dadah.

Rasional

  • Bahan media yang dipamerkan akan meningkatkan kesedaran dan menimbulkan perasaan benci terhadap dadah.

Kumpulan Sasaran

  • Warga sekolah dan ibu bapa/penjaga

Kaedah Pelaksanaan

  • Semasa Sambutan Minggu PPDa (19 Feb/26 Jun)
  • Semasa kursus-kursus motivasi
  • Semasa Program PPDa

Pengisian Bahan

  • Gambar, buku skrap, keratan akhbar, carta, media elektronik dan bahan maujud mengenai PPDa


 

Carta Organisasi Jawantakuasa PPDa Di Sekolah

  1. Menubuhkan Jawatankuasa PPDa induk & Jawatankuasa Pelaksana di sekolah
  2. Menyenaraikan peranan/tugas Jawatankuasa Pelaksana
  3. Merancang program/aktiviti PPDa di sekolah
  4. Melaksanakan program/aktiviti di sekolah
  5. Menyelaras program/aktiviti peringkat sekolah
  6. Membuat pemantauan dan penilaian
  7. Menyediakan laporan

Rancangan Aktiviti PPDa

(Takwim Tahunan PPDa)

Perkembangan Staf

Perkembangan staf merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan memerangi dadah dalam PPDa. Program ini boleh menjana kekuatan dan keberkesanan PPDa di sekolah.

Rasional

  • Guru-guru & kakitangan sekolah memerlukan maklumat terkini mengenai PPDa.
  • Pengetahuan Kemahiran yang diperolehi membantu memantapkan usaha-usaha menggerakkan PPDa di sekolah

Objektif

  • Memberi pengetahuan, kefahaman dan kesedaran mengenai bahaya dadah.
  • Meningkatkan kemahiran PPDa.
  • Memantapkan kaedah p&p PPDa merentasi kurikulum.
  • Menyebarkan pengetahuan dan kemahiran PPDa kepada warga sekolah.

Kumpulan sasar

  • Guru sekolah
  • Kakitangan sekolah

Kaedah Pelaksanaan

  • Ceramah

Pengisian

  • Pengetahuan PPDa
  • Strategi menangani masalah dadah
  • Senario dadah di Malaysia
  • Kemahiran Personal & Interpersonal
  • Pendedahan Kaedah p&p PPDa
  • Aktiviti Permuafakatan dalam PPDa

Program Gerak Sedar Bersepadu (PROGRESS)

PROGRESS adalah satu aktiviti dalam bentuk kempen yang boleh menimbulkan kesedaran untuk menjauhi dadah. Program ini dilaksanakan secara bersepadu melibatkan pihak sekolah, PDRM, AADK, Jabatan Kesihatan, Jabatan Agama dan PEMADAM.

Rasional

  • Murid-murid sekolah perlu diberi pendedahan untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran PPDa tentang bahaya dadah. Kempen adalah kaedah yang terbaik untuk menyampaikan maklumat.

Ojektif

  • Mewujudkan kesedaran murid, guru, dan masyarakat tentang bahaya dadah
  • Menggalakkan interaksi sosial positif antara murid dengan masyarakat
  • Murid dapat menyampaikan maklumat maklumat menegani bahaya dadah kepada rakan-rakan dan masyarakat.

Kumpulan Sasaran

  • Semua murid sekolah

Kaedah Pelaksanaan

  • Kempen (1-3 hari)
  • Ceramah
  • Pameran

Pengisian

  • Ceramah PPDa
  • Pameran PPDa
  • Bersama Tokoh
  • Aktiviti PPDa Bersama Masyarakat
  • Penyebaran Maklumat Oleh Murid Sekolah

Ujian Urin Murid

Ujian Urin Murid merupakan langkah pencegahan awal yang bertujuan untuk mengesan murid yang disyaki mencuba dadah.

Rasional

  • Mengesan murid yang terlibat dengan dadah
  • Memberi bimbingan PPDa kepada murid yang positif urin.

Kumpulan Sasar

  • Murid sekolah

Kaedah Pelaksanaan

  • Menggunakan kertas jalur (saringan)
  • Ujian Pengesahan (Makmal)

Pengisian

  • Menyenaraikan nama murid yang dikenalpasti.
  • Memaklumkan kepada PPD.
  • Menyediakan jadual pelaksanaan (senarai murid dan tarikh)
  • Taklimat ujian urin kepada murid
  • Pengambilan dan pengujian sampel
  • Soal selidik / pengakuan murid.

Minggu Antidadah

Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah Narkotik (UNCND) telah mengisytiharkan bahawa 26 Jun setiap tahun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa. Manakala kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan pada 19 Febuari setiap tahun sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Kedua-dua minggu ini perlu diisi dengan aktiviti PPDa supaya hasrat kita menjadikan sekolah bebas dadah akan tercapai.

Rasional

  • Langkah pencegahan awal perlu diadakan kepada murid bagi menyedarkan mereka tentang bahaya dadah.

Objektif

  • Memberi pengetahuan kepada murid mengenai bahaya dadah.
  • Menimbulkan kesedaran kepada murid mengenai pentingnya PPDa.
  • Menbentuk tingkahlaku dan nilai positif di kalangan warga sekolah.

Kumpulan Sasaran

  • Murid sekolah
  • Guru-guru & kakitangan sekolah
  • Ibu bapa

Kaedah pelaksanaan

  • Perhimpunan
  • Ceramah
  • Pameran

Pada 28 Febuari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan “Dadah Musuh Utama Negara”. Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (sekarang dikenal dengan Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.

Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu:

  1. Pengurusan dan Kepimpinan
  2. Kurikulum
  3. Kokurikulum
  4. Pembentukan Sahsiah

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah

Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Sekolah Benas dadah tahun 2012”.

Rasional

Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan risiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah secara sistematik dan berkesan.

Objektif Pendidikan Pencegahan Dadah

  1. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
  2. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
  3. Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni.
  4. Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usahan mencegah dadah.

Prinsip Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah

  1. Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program PPDa.
  2. Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.
  3. Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
  4. Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkat ketahanan dan jati diri murid.
  5. PPDa adalah tanggungjawab semua warga sekolah.
  6. Program PPDa hendaklah menjurus ke arah “Sekolah Bebas Dadah”.

Strategi PPDa Di Sekolah

Hasil mesyuarat antara Menteri Pendidikan a.k.a Menteri Pelajaran dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 2 Januari 1998, beberapa persetujuan mengenai strategi PPDa di sekolah telah dicapai. Strategi utama PPDa yang dimaksudkan ialah melalui Kurikulum
Kokurikulum.

Lanjutan daripada itu, beberapa proses pemantauan dan pemurnian dijalankan, dua lagi strategi digerakkan sebagai pelengkap kepada strategi yang sedia ada iaitu melalui Pengurusan dan Kepimpinan serta Penbangunan Sahsiah.