Archive for the ‘Isu Semasa Tentang Dadah’ Category

2010/07/22

PETALING JAYA: Polis menahan empat lelaki termasuk seorang jurulatih renang dan merampas tujuh kilogram dadah jenis ganja bernilai RM20,000 dalam empat serbuan berasingan di sekitar Kota Damansara di sini, Ahad dan Isnin lalu.

Serbuan terhadap empat kediaman di sekitar lokasi itu dibuat hasil maklumat orang awam dan risikan yang dilakukan sejak empat bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata serbuan pada jam 6 petang Ahad hingga 2 pagi Isnin di kediaman keempat-empat suspek menemui tujuh kilogram dadah jenis ganja dan 100 biji eramin 5 dengan anggaran nilai RM20,000.

“Semua suspek berusia 23 hingga 43 tahun bekerja sebagai jurulatih renang, jurujual, buruh dan mekanik.

“Ujian air kencing juga mendapati semua mereka positif dadah dan keempat-empat suspek tidak mempunyai sebarang pertalian, namun punca bekalan dadah dipercayai dari sumber sama,” katanya.

Sementara itu, Arjunaidi berkata, polis percaya dapat menyelesaikan dua kes bunuh dua lelaki yang mayat mereka dibuang ke sungai dekat Desaria dan Taman Datuk Harun di sini, pada Khamis dan Jumaat lalu, berikutan kejayaan menahan sembilan lelaki termasuk dua warga asing berusia 20 hingga 30 tahun, Ahad lalu.

Katanya, bagi kes bunuh di Desaria, polis menahan enam lelaki tempatan dan siasatan mendapati motif pembunuhan membabitkan pinjaman wang.
“Berhubung penemuan mayat mangsa kedua seorang pengurus cawangan Kafe Dome di Subang Jaya, ditemui di Sungai Klang dekat Taman Datuk Harun, polis menahan tiga lelaki termasuk dua warga asing,” katanya.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jurulatihrenangantaraempatditahankesdadah/Article/index_html